keindahan atau kesuraman?

keindahan atau kesuraman?
bunga yang cantik akan memberi ketenangan dan keindahan kepada empunyanya namun jika bunga itu layu ia akan memberi kesedihan kepada empunyanya...oleh itu,carilah bunga yang dapat menghiasi hidup kita dengan keceriaan dan kebahagiaan sementara kita masih terdaya mencarinya...xoxo~

Sunday, November 7, 2010

Cinta Seorang XXL

Cinta. Apa itu cinta? Banyak suara-suara yang menyatakan bahawa setiap mempunyai cinta masing-masing. Bagi aku, skop cinta tu sendiri luas. Cinta bukan hanya pada manusia namun cinta pada haiwan, cinta pada tumbuhan, cinta pada pelajaran, cinta pada agama, cinta pada muzik dan macam-macam jenis cinta lagi la. Tapi, ramai antara kita memilih skop cinta itu hanya pada manusia iaitu merangkap boyfriend or girlfriend. pada keluarga jarang jugak la aku dengar. Cinta inilah yang sering memberi keindahan dalam hidup kita tapi tak kurang juga kedukaan.

Aku? Cinta? Haha. Mungkin cinta bukan untukku. Bukan kerana aku tidak mencari dan bukan juga kerana aku tidak percaya pada cinta tapi, cinta itu sendiri tidak mahu mendekatiku. Kenapa? Mungkin hanya satu jawapannya. Kerana aku ni saiznya XXL. Kebanyakan lelaki hanya memandang saiz S,M atau L tapi XL or XXL hanya dipandang sepi. Itupun kalau dipandang kan. Huhu. Aku tidak tahu kenapa kami sering dipandang serong hanya kerana saiz. Salahkah aku? Salah akukah kalau orang tak suka pada gadis XXL? Bukan aku pinta dijadikan begini. Tuhan dah tetapkan keadaan aku sekarang seperti ini. Siapalah aku untuk menentang kehendak Tuhan? Aku mengaku aku berusaha untuk mengubah diriku ini tetapi hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku bukan anak orang kaya yang mampu pergi ke Marie Body France or Slim World untuk cantikkan and slimkan body. Aku juga bukan type yang suka pergi spa sana sini. Adakah tu pun satu kesalahan?

Aku tahu aku bukanlah secantik Taylor Swift, selangsing Megan Fox, setinggi ahli-ahli Wonder Girls, seseksi Lee Hyori ataupun semulus Hillary Duff. Mungkin kulit Lee Min Ho ataupun artis LELAKI Korea lagi cantik dan gebu dari aku. Mungkin. Tetapi, tu tak bermakna aku ni tak layak untuk memiliki seorang teman yang dapat berkongsi suka duka dan apa jua keadaan dan situasi. teman memang la ramai namun yang istimewa itu agak sukar untuk dicari. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana aku dapat kenalpasti lelaki-lelaki yang betul-betul ikhlas berkawan denganku dengan lelaki yang hanya berkawan in need sahaja. Aku hanya wujud jika diperlukan dan akan menjadi Casper apabila tak lagi diperlukan. Jika inilah yang dikatakan cinta seorang teman, biarlah aku tidak berteman jika pada akhirnya aku diperbodohkan.

Aku pernah jatuh cinta. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah fall in love kan. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada ianya cinta ataupun hanya perasaan suka. Apa yang aku tahu, aku bahagia apabila bersama dengan dia. Walaupun kami kenal atas dasar kawan namun ia bukan satu masalah. Sungguh aku berasa amat bahagia dan gembira waktu itu. Tapi aku pendamkan perasaan ini kerana waktu itu dia adalah boyfriend orang so aku tak nak dikatakan perampas. Bagi aku, dapat berkawan dengan dia sudah cukup bagus apalagi menjadi teman rapat seperti itu. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu. Rasanya orang-orang yang bercinta tahu bagaimana perasaan aku kala itu. Aku tak punya keyakinan untuk meluahkan perasaan padanya kerana aku tak yakin dia akan menerima cinta aku. Tambahan lagi, dia sudah punya pacar so maybe dia tak akan terima aku. macam-macam aku fikir time tu. Consequences yang akan jadi kalau aku luahkan pada dia such as adakah dia still nak kawan dengan aku lepas dia tahu and kalau betul dia tak nak nerkawan lagi, ia adalah satu kerugian bagi aku. Mana taknya, elok-elok dapat kawan tapi lepas luahkan dah tak dapat jadi kawan langsung. Itulah benda penting yang aku selalu fikir time tu. At the end, aku pendamkan je perasaan aku and be his best girlfriend but just that. A best friend. 

Tapi tu semua sudah menjadi kenangan buatku kerana hubungan persahabatan kami dicemari oleh suara-suara sumbang yang jeles la kot dengan hubungan ni. Apa la daya aku apabila kawan-kawannya menyatakan bad things pasal aku and dia take it as the truth. Hanya kerana mulut-mulut orang ini, dia mula jauhkan diri dari aku dan kami dah jadi macam stranger. Sejak itu, boleh dikatakan hari-hari aku menangis. Sedih hati nie bila bertembung di mana-mana tetapi aku semacam tak wujud depan dia. Tuhan je tahu macam aman perasaan aku time tu. Punya la aku hanya beberapa meter dari dia tapi member dia yang ada belakang aku elok je dia nampak. Pilunya hati saat itu tak dapat aku gambarkan. Hancur luluh perasaan ini apabila diperlakukan sedemikian rupa. Kenapa dia jadi macam tu? Apa salah aku? Bila aku memberanikan diri tanya dia apa masalah kami, dia cakap "Awak ada buat salah kat saya ke?" Bila aku cakap tak ada, dia cakap "Haa,maknanya kita tak ada masalah la". Tapi lain pula jadinya apabila rakanku bertanya kepada lelaki tersebut dan lelaki itu mengatakan ini adalah masalah antara dia dengan aku. Tapi apa masalahnya? Sehingga sekarang aku tidak tahu apa masalahnya. Jujur aku akui, sejak kami berjauhan, banyak tohmahan negatif yang dilemparkan padaku sedangkan aku tidak bersalah dan apa yang dikatakan orang tentang hubungan kami sama sekali tak betul. Namun, tiada apa yang dapat aku lakukan kerana dia semakin jauh dariku dan aku sudah dibuang jauh dari hidupnya. Sedih. Memang sedih tapi siapalah aku untuk mengadu padanya mengenai apa yang kurasakan kala ini.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah ini kerana saiz? Hanya kerana saiz, tiada yang sudi menghulurkan salam perkenalan atau apa saja lah. Walaupun ramai mengatakan hati lebih penting dari rupa, namun bagi aku ia hanya ayat klise yang diucapkan lelaki bagi menampakkan gentlemen dalam diri mereka. Walhal paras rupa amatlah penting bagi mereka supaya mereka tidak berasa malu di hadapan member-member apabila tibanya hari menayangkan girlfriend masing-masing. Hurm. Apalah nasib. Mungkin betul kata orang, cinta hanya untuk perempuan-perempuan cantik dan bukannya perempuan seperti aku.

Tapi, aku tak menyesal dengan apa yang aku ada sekarang. Walaupun aku tiada teman lelaki yang berada di sisiku, namun aku punya teman yang memahami, menghargai dan menerima diriku seadanya. Mereka sentiasa menyokongku ketika aku memerlukan dan bukannya jugde aku tanpa usul periksa. Sesungguhnya, itulah cinta sejati yang aku punya sekarang. Cinta yang tak mungkin dapat aku beli di Mydin, Giant, Times Square, Pavilion ataupun Mid Valley. Walau sebanyak mana pun duit yang dihulurkan still tak dapat dibandingkan dengan cinta yang dianugerahkan kepada aku. Syukur alhamdulillah. Biarlah aku bahagia dengan dengan cinta yang satu ini daripada menunggu cinta yang tak berkesudahan yang entah bila akan aku miliki. Cinta dari seorang lelaki yang ikhlas menerimaku seadanya. Inilah coretan cerita Cinta Seorang XXL.

~ cinta yang dicari akan pergi, cinta yang sejati akan kekal abadi ~
~ xoxo..words from heart [ the lost symphony ] ~




3 comments:

  1. nice 1..
    be strong..
    kita yg xxl ni jauh lebih kuat dr ppuan plg cantik sekalipun :)

    ReplyDelete
  2. hehehehehe...
    i try dear...
    walaupun tetiba sush nk block feel tu skunk..
    but yesz...i will try!

    ReplyDelete